Harga & Syarat CIDB G1–G7: Modal, Yuran & Had Nilai Projek
Panduan ringkas untuk kontraktor Malaysia: modal berbayar, kelayakan teknikal, yuran pendaftaran setahun, dan nilai maksimum projek bagi gred G1–G7.
Kegunaan
Tender & Penetapan Gred
Jadual Syarat & Had Nilai Projek (G1–G7)
Gred |
Modal Berbayar |
Kelayakan Teknikal |
Yuran (1 Tahun) |
Had Nilai Projek Maksimum |
G1 | RM 5,000 | Kursus kontraktor / pengalaman kerja | RM 20 | ≤ RM 200,000 |
G2 | RM 25,000 | Kursus kontraktor / pengalaman kerja | RM 80 | ≤ RM 500,000 |
G3 | RM 50,000 | Kursus kontraktor / pengalaman kerja | RM 150 | ≤ RM 1 juta |
G4 | RM 150,000 | Sekurang-kurangnya 1 Diploma berkaitan | RM 350 | ≤ RM 3 juta |
G5 | RM 250,000 | 1 Diploma + 1 Ijazah; salah seorang ≥ 3 thn pengalaman | RM 700 | ≤ RM 5 juta |
G6 | RM 500,000 | 1 Diploma + 1 Ijazah; kedua-dua ≥ 3 thn pengalaman | RM 1,000 | ≤ RM 10 juta |
G7 | RM 750,000 | 1 Diploma + 1 Ijazah (≥ 5 thn pengalaman) atau 2 Ijazah (≥ 5 thn pengalaman) | RM 1,400 | Tiada had |
*Had ialah maksimum bagi satu kontrak/projek tunggal.
Nota Penting
- Yuran proses: Permohonan baharu ± RM50, pembaharuan ± RM30.
- Had nilai menentukan kelayakan tender. Projek melebihi had memerlukan naik taraf gred.
- Pastikan pengkhususan kerja sepadan dengan skop projek untuk elak penolakan.
Langkah Memohon Lesen CIDB (Ringkas via CIMS)
- Daftar syarikat dalam CIMS + lengkapkan profil (SSM, pemegang saham).
- Muat naik bukti modal berbayar & kelayakan teknikal.
- Pilih gred dan kategori pengkhususan.
- Bayar yuran proses dan yuran pendaftaran.
- Semak status & sahkan sijil digital/fizikal selepas lulus.
Soalan Lazim (FAQ)
Adakah had nilai projek ini jumlah setahun?
Bukan. Ia maksud maksimum bagi satu projek tunggal.
Perlu bantu set up CIDB?
Kami boleh semak gred sesuai, susun dokumen & bantu permohonan CIMS langkah demi langkah.
Hubungi Kami
Konsultasi asas percuma untuk ahli TukangRumah.com.